CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

5# Kemahiran dalam Sukatan Pemulihan Bahasa Melayu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Program Pendidikan Pemulihan Khas terbahagi kepada dua subjek teras iaitu Bahasa Melayu dan Matematik.



SET KEMAHIRAN

Set kemahiran ini dibina berasaskan masalah penguasaan kemahiran asas yang lazim dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) tahap satu, iaitu tahun 1 hingga tahun 3. Kemahiran ini tersenarai secara tuturan, iaitu daripada mudah kepada yang lebih sukar berasaskan bidang pengetahuan, pemahaman dan penggunaan. Kemahiran Bahasa Melayu ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu senarai kemahiran, aktiviti pembelajaran dan sumber contoh. Guru boleh mempelbagaikan sumber dengan memanfaatkan sumber seperti Projek InSpire, Projek BAKA, Projek BUDI dan sumber komersial. Guru perlu mengenal pasti bahan yang sesuai digunakan untuk sesuatu aktiviti atau kemahiran. Set kemahiran bagi aktiviti pemulihan Bahasa Melayu ini mengandungi 33 kemahiran asas seperti yang di bawah.


Huruf 
1.Nama huruf kecil
2.Nama huruf besar
3.Fonik konsonan
4.Vokal

Suku Kata
5.KV
6.KVK
7.KV melibatkan diftong dan digraf
8.KVK meliatkan digraf

Perkataan
9.V + KV
10.KV + KV
11.KV + KV dengan digraf
12.KV + KV dengan diftong
13.KVK
14.V + KVK
15.V + KVKK
16.KV + KVK; KVK + KV
17.KV + KVKK
18.KV + KVK; KVK + KV dengan diftong dan digraf
19.KVK + KVK
20.KVK _ KVK dengan digraf
21.Vokal berganding
22.KV + KV + KV
23.KV + KV + KKV
24.KV + KV + KVKK
25.KV + KVK + KVKK

26.KVK + KV + KVK
27.KV + KV + KVKK
28.KVK + KVK + KVKK
29.KVK + KV + KVKK
30.KVKK + KV + KVK
31.KV + KVKK + KVK


(:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...