CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

16# Mari belajar nombor.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Adik - adik! Hari ini kita akan belajar mengira :)
Ayuh belajar mengira bersama DISNEY! :)

Seronok? Mari ulang semula (:

Semoga berjaya!

15# Permainan bahasa - cari perkataan tersembunyi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ayuh kita uji minda dengan permainan berikut. Adik-adik perlu mencari perkataan tersembunyi di bawah ini!~

Selamat mencuba!

(:

14# Contoh ayat mudah KVKK + KV

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Bangku
Ini bangku
Ini bangku adik bongsu
Adik bongsu jatuh bangku

Mangga
Ini mangga
Ini mangga Manja
Manja petik mangga hingga habis

Nangka
Ini nangka
Ini nangka masak
Nangka masak warna kuning gangsa

Rangka
Ini rangka
Ini rangka rangga
Rangka rangga ada rongga

Tangga
Ini tangga
Ini tangga baru Rangga
Tangga baru Rangga sangat tinggi

Selamat membaca adik-adik! 

(:

13# Perkataan KVK + KVKK

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kali ini kita akan belajar perkataan KVK + KVKK.
Apakah contoh bagi perkataan KVK + KVKK?
Mari kita lihat!

gunting

bintang

kambing

tendang

Mari kita baca sekali lagi! (:

gunting, bintang, kambing, tendang.

Ayuh kita cuba latihan-latihan ini.

Latihan KVK + KVKK (1)
Latihan KVK + KVKK (2)
Latihan KVK + KVKK (3)
Kad bacaan KVK + KVKK

Tamatlah sesi belajar pada hari ini. Semoga berjaya!

(:

12# Contoh modul literasi bahasa (1)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(:

11# Kit permainan bahasa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Berikut adalah contoh kit permainan bahasa yang boleh digunakan oleh guru-guru dalam sesi P dan P; sama ada bagi langkah induksi, interaksi P dan P atau aktiviti pengukuhan yang menarik dan menyeronokkan (:

Selamat mencuba rakan-rakan!

(:

10# Model numerasi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Berikut merupakan model numerasi yang boleh digunakan atau sebagai rujukan buat guru-guru LINUS.

(: 

9# Literasi - Abjad a hingga z

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Mari sama-sama kita lihat video di bawah dan belajar abjad a hingga z! (:
Lihat abjad dan sebut satu per satu.

Tahniah kerana berjaya menghafal kesemua abjad itu!

(:

8# Lagu huruf vokal animasi (:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Adik-adik! Mari dengar lagu animasi ini - a, e, i, o, u (:

Seronok bukan kita belajar huruf vokal a, e, i, o, u sambil menyanyi? :) Semoga adik-adik seronok dan bersemangat untuk terus belajar.

(:

7# Huruf vokal berserta gambar

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Hari ini kita akan belajar huruf-huruf vokal. Huruf vokal ada berapa?
Huruf vokal ada lima! (5)

.
.
.

a   e   i   o   u
.
.
.

a untuk ayam

e untuk ekor

i untuk ikan

o untuk oren

u untuk ulat

Tamatlah pelajaran tentang huruf vokal, adik-adik!

(:

Gambar ihsan dari blog :

6# Kemahiran dalam sukatan pemulihan Matematik

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

 Kemahiran 01 
- Pra Nombor
- Warna
- Saiz
- Bentuk
- Jenis

Kemahiran 02 
- Konsep Angka
- Mengasingkan Kumpulan
* kumpulan yang banyak
* kumpulan yang sedikit
* kumpulan yang sama banyak
 - Mewarnakan Kumpulan
* kumpulan yang lebih banyak
* kumpulan yang lebih sedikit
* kumpulan yang sama banyak
- Menyesuaikan Kumpulan Yang Sama Banyak
- Menamakan Kumpulan

Kemahiran 03
- Mengenal Nombor
- Menyurih Nombor 1 hingga 9
- Nilai Nombor 1 - 5
* memadan nombor dengan bilangan gambar
* memilih nombor berdasarkan bilangan gambar
* mewarnakan gambar berdasarkan nombor
* menulis nombor berdasarkan bilangan gambar
* memadankan ayat nombor dengan bilangan gambar
* menulis ayat nombor berdasarkan bilangan gambar
 - Nilai Nombor 5 - 9

 - Urutan Menaik & Menurun 1-9
* urutan menaik 1 - 9
* urutan menurun 9-1
* Nombor 1-9 (nombor di antara)
* Nombor 1-9 (melengkapkan susunan nombor)

Kemahiran 04
- Mengenal Sifar '0'
- Menyurih Nombor 0
- Operasi Tambah Melibatkan Sifar '0'
- Operasi Tolak Melibat Sifar '0'

Kemahiran 05 
- Operasi Tambah Dalam Lingkungan 10
- Konsep Tambah Melalui Proses Gabungan
- Menulis Ayat Matematik Berdasarkan Bilangan Gambar
- Melengkapkan Ayat Matematik
- Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
- Menyelesaikan Operasi Tambah Dalam Bentuk Lazim
- Penyelesaian Masalah

Kemahiran 06 
- Operasi Tolak Dalam Lingkungan 10
- Konsep Tolak Melalui Proses Pengasingan
- Menulis Ayat Matematik Berdasarkan Bilangan Gambar
- Melengkapkan Ayat Matematik
- Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
- Menyelesaikan Operasi Tolak Dalam Bentuk Lazim
- Penyelesaian Masalah

Kemahiran 07 
- Mengenal Nombor 11-50
- Memadankan Nombor Dengan Bilangan Gambar
- Menulis Nombor Berdasarkan Bilangan Gambar
- Menulis Urutan Nombor
- Melengkapkan Nombor Tertinggal / Jarak / Langkau
- Memadankan Nombor Dengan Ayat Nombor
- Menentukan Nilai Tempat / Rumah Nombor
- Mengira Dan Menulis Nombor

Kemahiran 08
- Operasi Tambah Dalam Lingkungan 18
- Konsep Tambah Melalui Proses Gabungan
- Menulis Ayat Matematik Berdasarkan Bilangan Gambar
- Melengkapkan Ayat Matematik
- Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
- Menyelesaikan Operasi Tambah Dalam Bentuk Lazim
- Penyelesaian Masalah

Kemahiran 09 
- Operasi Tolak Dalam Lingkungan 18
- Konsep Tolak Melalui Proses Pengasingan
- Menulis Ayat Matematik Berdasarkan Bilangan Gambar
- Melengkapkan Ayat Matematik
- Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
- Menyelesaikan Operasi Tolak Dalam Bentuk Lazim
- Penyelesaian Masalah

Kemahiran 10
- Operasi Tambah Dalam Lingkungan 50 Tanpa Mengumpul Semula
- Operasi Tambah Antara Dua Digit Dengan Satu Digit
* Melengkapkan Ayat Matematik
* Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
* Menyelesaikan Operasi Tambah Dalam Bentuk Lazim
 - Operasi Tambah Antara Dua Digit Dengan Dua Digit
* Melengkapkan Ayat Matematik
* Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
* Menyelesaikan Operasi Tambah Dalam Bentuk Lazim
 - Penyelesaian Masalah

Kemahiran 11
- Operasi Tambah Dalam Lingkungan 50 Dengan Mengumpul Semula
- Operasi Tambah Antara Dua Digit Dengan Satu Digit
* Melengkapkan Ayat Matematik
* Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
* Menyelesaikan Operasi Tambah Dalam Bentuk Lazim
 - Operasi Tambah Antara Dua Digit Dengan Dua Digit
* Melengkapkan Ayat Matematik
* Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
* Menyelesaikan Operasi Tambah Dalam Bentuk Lazim
 - Penyelesaian Masalah

Kemahiran 12
- Operasi Tolak Dalam Lingkungan 50 Tanpa Mengumpul Semula
- Operasi Tolak Antara Dua Digit Dengan Satu Digit
* Melengkapkan Ayat Matematik
* Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
* Menyelesaikan Operasi Tolak Dalam Bentuk Lazim
 - Operasi Tolak Antara Dua Digit Dengan Dua Digit
* Melengkapkan Ayat Matematik
* Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
* Menyelesaikan Operasi Tolak Dalam Bentuk Lazim
 - Penyelesaian Masalah

Kemahiran 13
- Operasi Tolak Dalam Lingkungan 50 Dengan Mengumpul Semula
- Operasi Tolak Antara Dua Digit Dengan Satu Digit
* Melengkapkan Ayat Matematik
* Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
* Menyelesaikan Operasi Tolak Dalam Bentuk Lazim
 - Operasi Tambah Antara Dua Digit Dengan Dua Digit
* Melengkapkan Ayat Matematik
* Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
* Menyelesaikan Operasi Tolak Dalam Bentuk Lazim
 - Penyelesaian Masalah

Kemahiran 14 
- Mengenal Nombor 51-99
- Memadankan Nombor Dengan Bilangan Gambar
- Menulis Nombor Berdasarkan Bilangan Gambar
- Menulis Urutan Nombor
- Melengkapkan Nombor Tertinggal / Jarak / Langkau
- Memadankan Nombor Dengan Ayat Nombor
- Menentukan Nilai Tempat / Rumah Nombor
- Mengira Dan Menulis Nombor

Kemahiran 15 
- Operasi Tambah Dalam Lingkungan 100 Tanpa Mengumpul Semula
- Operasi Tambah Antara Satu Digit Dengan Gandaan Sepuluh
* Melengkapkan Ayat Matematik
* Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
* Menyelesaikan Operasi Tambah Dalam Bentuk Lazim
 - Operasi Tambah Antara Dua Digit Dengan Satu Digit
* Melengkapkan Ayat Matematik
* Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
* Menyelesaikan Operasi Tambah Dalam Bentuk Lazim
 - Operasi Tambah Antara Dua Digit Dengan Dua Digit
* Melengkapkan Ayat Matematik
* Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
* Menyelesaikan Operasi Tambah Dalam Bentuk Lazim
 - Penyelesaian Masalah

Kemahiran 16
- Operasi Tambah Dalam Lingkungan 100 Dengan Mengumpul Semula
- Operasi Tambah Antara Dua Digit Dengan Satu Digit
* Melengkapkan Ayat Matematik
* Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
* Menyelesaikan Operasi Tambah Dalam Bentuk Lazim
 - Operasi Tambah Antara Dua Digit Dengan Dua Digit
* Melengkapkan Ayat Matematik
* Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
* Menyelesaikan Operasi Tambah Dalam Bentuk Lazim
 - Penyelesaian Masalah

Kemahiran 17
- Operasi Tolak Dalam Lingkungan 100 Tanpa Mengumpul Semula
- Operasi Tolak Antara Dua Digit Dengan Satu Digit
* Melengkapkan Ayat Matematik
* Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
* Menyelesaikan Operasi Tolak Dalam Bentuk Lazim
 - Operasi Tolak Antara Dua Digit Dengan Dua Digit
* Melengkapkan Ayat Matematik
* Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
* Menyelesaikan Operasi Tolak Dalam Bentuk Lazim
 - Penyelesaian Masalah

Kemahiran 18 
- Operasi Tolak Dalam Lingkungan 100 Dengan Mengumpul Semula
- Operasi Tolak Antara Dua Digit Dengan Satu Digit
* Melengkapkan Ayat Matematik
* Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
* Menyelesaikan Operasi Tolak Dalam Bentuk Lazim
 - Operasi Tolak Antara Dua Digit Dengan Dua Digit
* Melengkapkan Ayat Matematik
* Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
* Menyelesaikan Operasi Tolak Dalam Bentuk Lazim
 - Operasi Tolak Antara Satu Digit Dengan Gandaan Sepuluh
* Melengkapkan Ayat Matematik
* Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
* Menyelesaikan Operasi Tolak Dalam Bentuk Lazim
 - Operasi Tolak Antara Dua Digit Dengan Gandaan Sepuluh
* Melengkapkan Ayat Matematik
* Menukar Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim
* Menyelesaikan Operasi Tolak Dalam Bentuk Lazim
 - Penyelesaian Masalah

Kemahiran 19 
- Operasi Darab
- Melengkapkan Urutan Nombor (sifir 2 hingga 5)
- Melengkap Urutan Nombor Berdasarkan Gambar (sifir 2)
- Operasi Tambah Berganda (sifir 2 hingga 10)
- Menulis Ayat Matematik Berdasarkan Gambar
- Melengkapkan Susunan Sifir (sifir 1 hingga 9)
- Melengkap Sifir Dalam Bentuk Ayat Matematik
- Menukar Ayat Sifir Dalam Bentuk Lazim
- Menyelesaikan Operasi Sifir Dalam Bentuk Lazim
- Penyelesaian Masalah

Kemahiran 20
- Operasi Bahagi Hinga 45 Bahagi 5
- Asas Operasi Bahagi Melalui Konsep Pengagihan
- Menulis Ayat Matematik Berdasarkan Gambar
- Melengkapkan Ayat Matematik
- Menukar Ayat Matematik Dalam Bentuk Lazim
- Menyelesaikan Operasi Bahagi Dalam Bentuk Lazim
- Penyelesaian Masalah

Kemahiran 21 
- Wang
- Mengenal Wang Syiling
* Memadan bentuk wang syiling dengan nilai wang
* Menulis nilai wang syiling berdasarkan bentuk wang
- Mengenal Wang Kertas
* Memadan bentuk wang kertas dengan nilai wang

* Menulis nilai wang kertas berdasarkan bentuk wang
 - Gabungan Nilai Wang
* Gabungan nilai wang syiling
* Gabungan nilai wang kertas
* Gabungan nilai wang syiling dengan wang kertas
- Operasi Tambah Dan Tolak Melibatkan Nilai Wang
- Penyelesaian Masalah

Kemahiran 22
- Masa Dan Waktu
- Mengenal Waktu- Menyatakan Waktu Dan Jam
* Menulis waktu berdasarkan jarum jam
* Melukis jarum jam berdasarkan waktu
- Menyatakan Waktu Dalam Pecahan Jam
* Memadankan waktu dengan pecahan jam
* Melukis jarum jam berdasarkan pecahan jam
- Maklumat Dari Kalender
* Hari
* Bulan
* Hari sambutan / perayaan
- Penyelesaian Masalah

(:

5# Kemahiran dalam Sukatan Pemulihan Bahasa Melayu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Program Pendidikan Pemulihan Khas terbahagi kepada dua subjek teras iaitu Bahasa Melayu dan Matematik.

SET KEMAHIRAN

Set kemahiran ini dibina berasaskan masalah penguasaan kemahiran asas yang lazim dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) tahap satu, iaitu tahun 1 hingga tahun 3. Kemahiran ini tersenarai secara tuturan, iaitu daripada mudah kepada yang lebih sukar berasaskan bidang pengetahuan, pemahaman dan penggunaan. Kemahiran Bahasa Melayu ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu senarai kemahiran, aktiviti pembelajaran dan sumber contoh. Guru boleh mempelbagaikan sumber dengan memanfaatkan sumber seperti Projek InSpire, Projek BAKA, Projek BUDI dan sumber komersial. Guru perlu mengenal pasti bahan yang sesuai digunakan untuk sesuatu aktiviti atau kemahiran. Set kemahiran bagi aktiviti pemulihan Bahasa Melayu ini mengandungi 33 kemahiran asas seperti yang di bawah.

Huruf 
1.Nama huruf kecil
2.Nama huruf besar
3.Fonik konsonan
4.Vokal

Suku Kata
5.KV
6.KVK
7.KV melibatkan diftong dan digraf
8.KVK meliatkan digraf

Perkataan
9.V + KV
10.KV + KV
11.KV + KV dengan digraf
12.KV + KV dengan diftong
13.KVK
14.V + KVK
15.V + KVKK
16.KV + KVK; KVK + KV
17.KV + KVKK
18.KV + KVK; KVK + KV dengan diftong dan digraf
19.KVK + KVK
20.KVK _ KVK dengan digraf
21.Vokal berganding
22.KV + KV + KV
23.KV + KV + KKV
24.KV + KV + KVKK
25.KV + KVK + KVKK

26.KVK + KV + KVK
27.KV + KV + KVKK
28.KVK + KVK + KVKK
29.KVK + KV + KVKK
30.KVKK + KV + KVK
31.KV + KVKK + KVK

(:

4# Ciri Guru Pendidikan Pemulihan Khas

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Pengenalan
Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tecicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka.

Ciri-Ciri Guru Pendidikan Pemulihan Khas

1.   Boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P).
2.   Komitmen yang menyeluruh.
3.   Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah.
4.   Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa dan pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan.
5.   Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid.

Peranan Guru Pendidikan Pemulihan Khas

Guru Pendidikan Pemulihan memainkan 5 perkara penting iaitu :

1.  Peranan Sebagai Penilai (An Assessment Role)

Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan khas.
Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid.
Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.

2.  Preskriptif (Prescriptive Role)

Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan.

3.  Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentic)

Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran asas 3M.
Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” atau “ guru pendamping ” sekiranya perlu.

4.  Peranan Khidmat Bantu (A Supportive Role)

Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang menghadapi masalah 3M.

5.  Peranan Perhubungan (A Liaison Role)

Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan latar belakang murid.
Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.

(:

3# Visi, Misi dan Objektif Pendidikan Pemulihan Khas

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

VISI

Pendidikan Berkualiti Menjana Kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas Selaras Dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan.

MISI

Menyediakan pendidikan berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan dapat memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

OBJEKTIF

• Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas.

• Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas

• Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas.

• Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.

• Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas dan pemulihan khas.

(:

2# Pendidikan Pemulihan Khas.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Pendidikan Pemulihan Khas. Adakah semua golongan tahu apakah yang dimaksudkan dengan program ini?

Bermula tahun 1960-an, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan Program Pemulihan Khas yang bertujuan untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah yang khusus dalam pembelajaran seperti membaca, mengira dan menulis atau lebih dikenali sebagai kemahiran 3M. Murid-murid yang tidak menguasai tiga kemahiran ini akan dibantu melalui Program Pemulihan Khas.

Dipetik daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), teras ketiga dan keempat; memperkasakan sekolah kebangsaan dan merapatkan jurang pendidikan telah membantu penetapan fokus dalam membasmi masalah 3M. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memantapkan lagi Program Pemulihan Khas dengan melaksanakan penambahbaikan kelas pemulihan dengan menyediakan guru pemulihan khas yang terpilih dan terlatih serta mencukupi di semua sekolah termasuk di sekolah kurang murid (SKM).

Kini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Selaras dengan itu, Program Pemulihan Khas turut mengalami perubahan dalam pengajaran Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Justeru, pemahaman murid terhadap konsep kemahiran-kemahiran ini tetap perlu ditekankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selari dengan tujuan wujudnya program pemulihan iaitu membantu mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran dan memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran, kajian tindakan ini lebih berfokus kepada masalah yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran secara spesifik bagi meningkatkan kualiti pengajaran kepada yang lebih berkesan. 

Menurut Koh (1986), menegaskan pengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi kesusahan pembelajaran bagi kanak-kanak yang mengalami kesusahan ini tanpa menghiraukan label-label ke atas murid tersebut seperti bodoh, lambat dan sebagainya.

(:

1# Yang pertama.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Bermula episod bakal seorang guru muda melayari perjalanan,
mencipta sejarah dalam medan pendidikan.

Sebagai medium menjawab persoalan tugasan melengkapkan
tanggungjawab hakiki sebagai seorang guru pelatih semester akhir.

(:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...