CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

2# Pendidikan Pemulihan Khas.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Pendidikan Pemulihan Khas. Adakah semua golongan tahu apakah yang dimaksudkan dengan program ini?

Bermula tahun 1960-an, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan Program Pemulihan Khas yang bertujuan untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah yang khusus dalam pembelajaran seperti membaca, mengira dan menulis atau lebih dikenali sebagai kemahiran 3M. Murid-murid yang tidak menguasai tiga kemahiran ini akan dibantu melalui Program Pemulihan Khas.

Dipetik daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), teras ketiga dan keempat; memperkasakan sekolah kebangsaan dan merapatkan jurang pendidikan telah membantu penetapan fokus dalam membasmi masalah 3M. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memantapkan lagi Program Pemulihan Khas dengan melaksanakan penambahbaikan kelas pemulihan dengan menyediakan guru pemulihan khas yang terpilih dan terlatih serta mencukupi di semua sekolah termasuk di sekolah kurang murid (SKM).

Kini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Selaras dengan itu, Program Pemulihan Khas turut mengalami perubahan dalam pengajaran Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Justeru, pemahaman murid terhadap konsep kemahiran-kemahiran ini tetap perlu ditekankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selari dengan tujuan wujudnya program pemulihan iaitu membantu mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran dan memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran, kajian tindakan ini lebih berfokus kepada masalah yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran secara spesifik bagi meningkatkan kualiti pengajaran kepada yang lebih berkesan. 

Menurut Koh (1986), menegaskan pengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi kesusahan pembelajaran bagi kanak-kanak yang mengalami kesusahan ini tanpa menghiraukan label-label ke atas murid tersebut seperti bodoh, lambat dan sebagainya.

(:




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...